Wednesday, 22 June 2011

Majlis Ramah Mesra Bersama Staff TUDM Butterworth & Majlis Perkahwinan Said (Driver YBhg. Datin Zuraidah)

Pada 4 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu, kesemua staff yang terlibat telah diarahkan untuk turut serta dalam program YB. Datuk Latiff pada kali ini. Jam pukul 8.00 pagi kami semua warga kakitangan yang terlibat telah berhimpun dan berkumpul di Pangkalan Udara Subang untuk berlepas ke Pangkalan Udara Butterworth Penang dengan manaiki Pesawat VIP Tentera. YB. Datuk Latiff telah tiba di lokasi tepat jam 8.00 pagi diringi oleh isteri beliau iaitu YBhg. Datin Zuraidah. Kedua-dua VIP tersebut telah diiringi oleh Pengawal Peribadi mereka iaitu Sjn. Mej Rahmat dan Kapten Azwany. Pesawat kami berlepas pada jam 8.45 pagi dan selamat tiba di Pangkalam Udara Betterworth pada jam 9.45 pagi. Ketibaan kami semua disambut oleh warga TUDM Butterworth Penang. Kemudian kami dijemput untuk menjamu sarapan pagi yang telah disediakan oleh mereka. Kemudian kami seterusnya di bergegas ke lokasi seterusnya iaitu di Dewan TUDM tersebut. Majlis Ramah Mesra bemula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi. Setelah selesai majlis tersebut kami diminta untuk ke khemah untuk majlis makan bersama semua tentera udara di Butterworth tersebut. 

Setelah itu kami semua bergegas meninggalkan majlis tersebut untuk ke Nibong Tebal bagi menghadiri Majlis Perkahwinan Said iaitu Driver YBhg. Datin Zuraidah isteri kepada YB. Datuk Latiff. Kedatangan kami ini disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Kami diminta untuk menjamu selera untuk hidangan kenduri tersebut. Terasa nikmat semasa kami berada di kampung halaman rumah keluarga said. Keindahan dan kehijauan sawah padi yang terbentang menyerikan majlis dan menyedapkan pemadangan mata kami semua. Angin yang sepoi-sepoi bahasa telah membuat kami rasa kehangatan semakin dirasai. Setelah berada disana lebih kurang 1 jam setengah. 

Kami semua beransur pulang ke Pangkalan Udara Butterworth kembali kerana kami semua harus berlepas pulang ke Pangkalan Udara Subang. Yang sangat menariknya saat kami hendak pulang ke Pangakalan, kami seiring bergerak bersama dengan YB. Datuk dan diringi oleh Eskot TUDM Betterworth untuk mengiringi YB. Datuk. Kami dapat melihat situasi tersbeut berlaku dihadapan kami semua. Bermacam topik dan perbualan diajukan. Kami selamat tiba di Pangalan Udara Subang ialah pada jam 3.50 petang. Setelah tiba disana kami semua selamat bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang majlis di Penang tersebut :-

Aku bersama Cik huda P.A kepada YB. Datuk Latiff, ketika ni kami semua ontheway nak ke PU Butterworth Penang. Dalam Pesawat VIP. Duduk belakang YB. Datuk jek ni...so xleh gile2 sgt...
Kalau nak tahu inilah dia makanan dari pesawat yang kami naiki. Ini untuk sarapan pagi. Aku rasa 2,3 orang jek yang jamah sarapan ni. Aku biasalah pantang makan...hihihihi...
 Inilah pemandangan yang paling cantik yang sempat aku ambil.Kehijauannya sangat terselah dan tersusun rapi jek...memang sangat menarik hati...bukan pada aku tapi pada semua yang naik pesawat tersebut...ialah kalo naik plane biase hanye org yg duduk kat seat tepi tingkap jek nampak kan...tapi ni tak kedua2 belah seat akan dapat melihatnya....caya babe!!!
Hah masa ni kami dah nampak dah Pulau Pinang. Apa lagi cepat-cepat la aku cari kat mane Jambatan yang tersohor di Penang tu. Memang cantik bile lihat Jambatan tersebut dari atas. Jambatan Pulau Pinang ni sememangnya sangat panjang.
Ini pulak lokasi dari pesawat kami. Masa ni nak loading dah kat Pangklan Udara Butterworth, so lagi dekat la dapat nikmati bandar penang ni....cantik kan pemandangan dari atas nampak tersusun jek...tapi bila ada kat situ hampeh kan....hikhikhik...
Sesi YB. Datuk sedang berucap. Aku sempat mengambilnya secara curi ehehehehe....pandai YB. Datuk berlawak sambil memberi ceramahnya itu. 
Makan time...hihihi..masa ni kami semua baru lepas menjamu selera. Tak tau la di sarapan ke makan tengahari, banyak sangat makan sepanjang majlis di Penang ni. Dalam pic ni dari kiri C.C Din, Me, Kp. Nurul dan Kapten Azwany
Ini gambar candid sesaje...tengah tengok YB. Datuk rancak berborak sambil tu aku saje fokus pada bas TUDM tu...itulah bas yang akan kami naiki untuk ke Majlis seterusnya...uhuhuhuhu...
Yang belakang tu semua adalah tentera-tentera TUDM. Kebiruan jek semuanya. Sambil menikmati makanan sambil cuci mata sekali hikhikhikhik....
Aku dengan Huda. Masa ni dalam bas ontheway nak ke Nibong Tebal lah...Tengah bersamangat nak pergi, jarang jalan jauh dengan boss biase dekat2 KL jek..ni sekali sekala jauh teruje skit walaupun sebenarnya malas...ahahahaha...
Puan Firdhana dan Puan Nurul kita sempat memberi pose yang menarik...kate pantang nampak camera katenye...ahahahaha...apepun tanpe mereka x happening jugak kan...uhuhuhu

Hahhhhh....inilah kampung halaman said pengantin lekaki driver datin yang aku katekan tu...bestnyer pergi sini...x sangke kampung die penuh dengan sawah padi. Apepun bebaloi jugak perjalanan kami sebab betul2 kampung kat sini. Apepun  kehangatan teteap disteruskan.
Setibanya kami di Majlis said ni, kami pun diajak untuk makan. sedap sangat makanan orang akmpung masak kan..Ini meja kami untuk group perempuan la..yang side belah laki ade kat sebelah meja kami. Datuk n Datin makan kat meja makan beradap huhuhuhu...
Ini aku dan C.c din. Sambil makan-makan kami pun posing2 la sakan. Pakaian abang din tu xleh belah..macam nak pergi ofis jek...wahal ari cuti nak gi majlis kahwin n majlis ramah mesra...pakai baju batik pun okey wat...ahahahahaha...apepun memang jadi bahan jugak la die mase tu...
Amboi sungguh selera anak jati penang ni Kop. Nurul. Tengah excited meraikan orang sartu negerinye...yang Kapten Azwany kenapa plak mate tu..stim semacam...masam sangat ke ayak tu...uhuhuhu..haus bebeno ler tu....jangan mara dengan my statement ye!!!
Inilah MA1 baru YB. Datuk. Smart kan..baik orangnye...senyum jek selalu...diatas permintaannya die minta aku mengambil gambar die kat sawah padi ni...Suka sangat kot dengan pemandangan kampung said ni. Jarang datang tempat macam ni kan...Cayalah kol Talib...!!!!
Sebelum berlepas pulang menaiki pesawat dibelakang tu....kami sempat posing kat sini sebagai kenangan kami di PU Betterworth ni...tak tahu lah bila lagi dapat merasai pegi sini kan...apepun satu pengalaman baru bagi aku di MINDEF
 Ini ialah abang2 askar kite...hemsem x??smart bergaye kat dengan uniform mereka..mase ni mereka sedang standby untuk mengiringi YB. Datuk ke pesawat untuk mengucap selamat tinggal...cewah macam nak pergi mane plak kan...apepun diorg mmg cool n sporting...caya babe!!!
Ini masing2 dah kepenatan dah ni..mase ni ontheway balik ke PU Subang. Abg Din Pilot betul2 letih tu...tengah tidow la tu..puan firdhana memang kaki HP...2 leh nak cakap apelah...mmg tredmark die..
Ini lah peramugara pesawat ni...oder jek nak apa pasti disediakan. Kami dilayan seperti VIP. walaupun tidakla sesedap naik Air Asia sekurang-kurangnya dapat la makan free dalam pesawat ni....uhuhuhuhu
Ini masih fresh lagi..Masa ni kami dalam pesawat baru nak gerak ke PU Butterworth Penang. Aku just candid jek ni...sambil2 lalu jek...untuk menunjuk kan keadaan dan suasana di dalam pesawat ini.
Cantik x?lawakan awam yang beropol2 ni...sejuk jek mate ni memandang awan yang tebal ni...rase cam nak panggil doremon jek...ahahahahaha.. rase nak pegang pun ade...geram jek tengok....!!!!!
Ini pemandangan dari atas tapi tak sure aku mase ni kat negeri mane...yang pasti mase ni nak ontheway balik. sebab pemandangan die sangat menarik minat aku maka aku pun ambil la gambar ni....cantek kan air die..hijau kebiruan jek...so sweet...
Bergambar untuk kenangan dimasa akan datang. Satu pengalaman baru yang aku perolehi dari Trip ke Penang kali ni...Moga-moga iainya menjadi suatu memori di alam pekerjaanku....peace semue!!!!

No comments: