Kamus adalah guru kepada kita kerana dengan kamu kita boleh menggunakannya dimana jua tempat, keadaan sekiranya kita tidak memahami percakapan atau perkataan yang kita tidak ketahui. Semua orang tahu kamus itu adalah pertejemahan bahasa. Melalui kamus kita boleh memahami apa yang kita tidak tahu dan dapat mengetahuinya apa jua melaluinya. Oleh itu, aku sebagai manusia yang lemah tidak juga begitu pandai dalam pelbagai bahasa atau mengenali sesuatu perkataan atau percakapan seseorang itu, kamus adalah petunjuk dan guru ke 2 bagiku. Kerana dengan adanya buku kamus di tanganku, aku boleh membawanya kemana-mana sahaja kerana ianya mempunyai pelbagai saiz buku yang sesuai untuk digunakan dimana sahaja. Semua generasi zaman sekarang sudah meningkat maju dan moden, penggunaan Bahasa Inggeris adalah menjadi bahasa penghantaraan di dunia ini. Segala urusan akan digunakan dalam Bahasa Inggeris. Dari sektor pembelajaran di sekolah-sekolah, Universiti, Kolej-kolej dan juga sektor pekerjaan.
Oleh itu, aku sebagai insan yang kurang fasih dan memahami pengunaan bahasa Bahasa Inggeris makan dengan langkah itu aku berazam untuk membawa kamus dimana jua agar aku tidak terlepas untuk mempelajari setiap ayat atau kata-kata yang aku tidak fahami. Selain itu, aku juga berusaha untuk membaca surat khabar berbahasa Inggeris kerana dari situ aku boleh mengenali perkataan atau ayat yang aku kurang fahami dan kurang berpengetahuan. Selain itu juga, aku masih sedang berusaha untuk mendalami lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi inggeris diluar sana. Ini kerana salah satu cara atau tips yang aku perolehi daripada rakan-rakanku bahawa melalui pendengaran lagu-lagu inggeris dapat membantu meningkatkan daya fizikal dan mental kita untuk menguasai Bahasa Inggeris tersebut.
Selain itu, dizaman serba moden ini kita sebagai manusia yang ada dimuka bumi ini yang lahir pada zaman yang penuh dengan teknologi moden telah pun mempunyai internet iaitu rangkaian yang tercipta dari zaman Cyber ini. Internet juga adalah salah satu daripada pembelajaran aku untuk mempelajari dan menguatkan daya minda aku bagi mendapatkan segala maklumat dan pengetahuan apa jua bentuk, perkara dan cerita. Kerana melalui internet pelbagai rangkaian untuk pembelajaran Bahasa Inggeris juga mudah didapati dan dipelajari. Sesungguhnya aku tidak merasa malu untuk mengaku yang aku kurang berpengetahuan dalam pengunaan dan pemahaman Bahasa Inggeris. Kerana ketidaktahuan aku itulah yang mendorong aku agar mempelajari dan mendekati Bahasa Inggeris dengan lebih dekat.
Alhamdulillah aku dapat mempelajarinya sedikit demi sedikit. Mungkin aku tiada masalah menggunakan bahasa Inggeris dengan percakapan dan aku boleh memahami setiapa perbualan seseorang yang berbahasa Inggeris itu tapi aku lemah sedikit dalam untuk menjawab dalam berbahasa inggeris tersebut. Ramai rakan-rakan memberitahuku bahawa aku boleh berbahasa inggeris akan tetapi aku kurang keyakinan diri untuk bercakap kerana sifat malu dan tidak berani mencoba telah menakluki diriku. Akan tetapi aku sebagai manusia biasa yang inginkan kemajuan dalam diri dengan itu, semakin hari semakin aku mencoba untuk mempunyai keyakinan diri itu, alhamdulillah aku semakin berani untuk mencubanya.
Untuk permulaan dalam mencubanya banyak nasihat, pandangan dan komen-komen dari kawan-kawan serta teguran bagi penggunaan ayat atau ejaan yang salah telah dijadikan sebagai tauladan dan pengajaran supaya tiada kesilapan dimasa akan datang. Akan tetapi aku suka akan teguran, nasihat, komen serta pendapat mereka kerana aku boleh mengetahui diamana silap dan kesalahanku itu. Berbekalkan keazaman dan semangat yang berkobar-kobar dalam mempelajari penggunaan Bahasa Inggeris ini dan akhirnya aku berjaya mempelajarinya walaupun tidak sekecap yang lainnya. Sekurang-kurangnya aku mampu untuk berusaha dan mencuba. Mudah-mudahan aku akan lebih memajukan diri dalam berbahasa inggeris. Semoga anda semua dapat mendoakan kejayaan untuk saya dalam apa jua bidang yang saya tempuhi.
No comments:
Post a Comment