Showing posts with label Holiday And Vacation. Show all posts
Showing posts with label Holiday And Vacation. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

JALAN-JALAN DI JPO & JB

Pada 14 September 2012 aku & family pergi JB. Mane lagi destinasi kami rumah parent husband aku la di Taman Perling JB. Actually aku ade urusan kerja sikit then kebetulan ade wedding member husband aku kat Taman Mewah something like that la..Aku pun tak sure ape name tempat wedding die...On Saturday plan ingat nak perhi Open house En. Mie di Mersing, rasa ralat sangat tak pergi open house die for this year, sebab bajet takde then kesihatan aku kurang memuaskan. Then have a Job in JB so rushing kalo nak sangat keja pergi Mersing nanti. So we decide to stay in JB until Monday. Coz Monday Public Holiday cuti "1 MALAYSIA DAY". Ahad aku takde job so hari tu cam okeylah untuk aku berjalan2 bersama adik2 iparku dan suamiku. Seronok sangat kalo dapat hang out dengan adik2 iparku... Then keje aku sebagai mummy Picha pun menajdi mudah dan senang coz, Picha my daugther dijage rapi oleh adik2 iparku. In car Picha wif Auntie die Ika & Nana, kalo kat out side or shopping complex plak wif Uncle Wawan die...so very easy la senang cite...can go shopping2, can go tengok2 barang..tapi bile Picha hilangh dari pandangan mataku mak oiiii...punyelah cuak bagai...wahal dah tahu dah ade dengan adik2 iparku...biaselah naluri seorang ibukan...

So jom tengok2 skit pictures yang sempat aku ambik sepanjang di JB :-











Sepanjang Sunday tu adik iparku bawak la jalan2 kat Lego Land, Jusco Bukit Indah JB dan jalan2 di JB. Lego land tu takdelah kami masuk, sebab dah dipesan jangan masuk dulu, tunggu Picha pandai jalan baru masuk, camtu gak nak gi singapore, we must wait until she able to walk...kate bajuinyelah kan...up to u...aku follow jek...untuk Picha punya pasal mummy sanggup tunggu ye sayang...Then aku banyak ambik gambar mase kat JPO..JPO tau tak ape tempat tu?jeng..jeng..jeng...alah Johor Premium Outlets, tempat baju, handbag, kasut branded yang terdapat disane...not bad ar harge die, walaupun ade discount or less..seyes memang gilerrrrrr la shopping kat sane...kena tunggu duit masyukkkk baru best gi sane, tak gitu...uhuhuhuhuhu....bulan Oktober nanti aku ade pergi JB lagi so tunggu plak cite next month k..see you soon...dadaaaaa....
 
 

Thursday, 31 May 2012

Jalan-jalan Bawak "Isha" ke Time Square & One Utama

Pada minggu akhir iaitu awal bulan Mei 2012 aku dan family aku sempat berjalan-jalan untuk aku mengabiskan cuti bersalinku sebelum aku bertugas kembali. Masa yang ade aku sentiase isikan dengan aktiviti-aktiviti lain. Keseluruhanya masa yang aku ade sepanjang bercuti banyak aku habiskan bersama isha dengan membawa die berjalan-jalan dan sentiase bersamanye. Berikut gambar-gambar dibawah ini ialah diantara tempat-tempat yang telah aku bawa si kecik untuk beriadah...Jom kite Tinjau!!!!

Untuk pertama kalinya kami mengambil gambar bersama sepanjang tempoh aku bercuti pantang.
Betape sukenye si Isha ni dapat berjalan-jalan di Time Square ni. Myb die suke tengok lampu-lampu kot.

Mase ni kitorang kat Toysrus One Utama (OU). Daddy Isha pun nak jugak mainan uhuhuhu...

Laki bini samekan..Anak kecik lagi mak bapak die yg lebih2..ekekekeke..

Kan dah cakap die suke sgt sebab dapat jenjalan. Kemain lagi die punye senyum lebar. So Sweet anak mummy sorang ni..muahhh...

Ibu aku pun sempat gak bergambar dengan teddy bear kat sane. Seronoklah wan die main-main dengan patung tu. Kalah Isha kau!!!!!

Wawan iye2 jek amek order. Wahal dah abis makan dah semua. uhuhuhu..actuall mase ni die tgh kira bill betul ke tak kiranya. macam papa (father in law) plak gaye die kan...

Aksi-aksi suamiku di Toysrus OU. Macam2 pe'el la die..sabo je la aku...

Manje gile si Isha ni dengan Uncle Wawan die. Mase ni Isha wat muke comel jek keje. Mane Uncle Wawan die tak geram

Dah lame2 kena pegang, penatlah pulak, bile penat laparlah jawabnye. Make wan Isha pun bagilah susu utk Isha. Papa Isha plak baru pas abis makan nak cibuk kaco Isha plak kan...

SSSSsssssaaaaaayyyyyyyaaaaaannnnggggg mama kat Ishaaaaaa..Mummysuke sangat gambar mummy dengan Isha ni...Sebab mummy nampak cute ekekekeke...
(Angkat bakul sendiri wakakaka)

Tuesday, 22 May 2012

Jenjalan di JB

Pada 4,5,6 Mei 2012 kami ke Johor Bahru iaitu rumah mertueku. Buat pertama kali aku membawa ibuku ke rumah kediaman mertueku di Taman Perling, Johor Bahru. Dan untuk kedua kalinya aku membawa ibuku ke Johor Bahru. Untuk pengetahuan kami bertolak ke Johor Bahru pada 12.00 tengahari dan tiba di JB pada 4.30 petang pada 4 Mei 2012. Sebaik saja sampai kami semua terus merehatkan diri di rumah kerana kepenatan sepanjang perjalanan dari Damansara. 

Kami berlima iaitu aku, suamiku, anakku, ibuku dan adik iparku wawan sebenarnya ke JB adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik suamiku iaiatu Hafiz & Faizah yang merupakan rakan sekolah mereka sewaktu disekolah menengah. Majlis mereka berlangsung di Dewan Sri Tebrau, JB. Majlis Perkahwinan tersebut adalah disebelah pihak lelaki. Tema warna perkahwinan mereka ialah Ungu. Majlis itu berlangsung pada 5 Jun 2012 (Sabtu). Setelah ke majlis perkahwinan tersebut kami pulang ke rumah dan berehat sekejap. Di waktu petangnya pula, kami (aku, suamiku, ibuku, nana dan anakku) sekeluarga bersiar-siar di Dangga Bay JB. 

Aku membawa mereka kesana adalah kerana ingin memberi peluang kepada ibuku untuk merasai berjalan-jalan di Dangga Bay tersebut. Kami juga sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Ini kerana bukan selalu aku akan membawa ibuku ke JB kerana kami masing-masing sentiasa mempunyai urusan lain untuk diuruskan. Agak menyeronokkan aku kerana aku dapat merasai peluang berjalan-jalan bersama ibuku di tempat orang. Alhamudulillah hajatku untuk membawa ibuku ke JB kali ke 2 telah kesampaian. Setelah bersiar-siar di Dangga Bay kami semua ke Shooping Kompleks pula iaitu di Jusco Tebrau yang merupakan satu-satunya Jusco yang terbesar di Johor Bahru. Setelah berjalan-jalan disana kami pun pulang untuk menikmati hidangan mama iaitu mak mertuaku. Dan keesokanya kami berlima pualng ke KL selepas dibawa bersama ke Majlis Perkahwinan Jiran Mama & Papa (Mertuaku). Berikut dibawah ini adalah gambar yang sempat kami ambil. Jom tengokkkk !!!!







Inilah diantara gambar-gambar yang sempat kami ambil bersama sepanjang di Dangga Bay JB. Untuk di tempat-tempat lain kami tidak sempat untuk mengambil gambar kerana masing-masing sibuk untuk berjalan-jalan dan cuci mata.


Tuesday, 14 June 2011

Holiday At Penang With My New Family

 
Pada 9 Jun 2011 (Khamis) hingga 11 jun 2011 (Sabtu) dalam jam 8.30 pagi kami sekeluarga telah bergerak untuk ke lokasi percutian kami iaitu di Pulau Pinang. Perjalanan kami sekuarga seramai 7 orang dan kami menaiki 2 buah kenderaan untuk ke destinasi tersebut. Sebelum tibanya untuk masuk ke area yang lebih jauh kami sekeluarga singgah sebentar untuk menikmati sarapan pagi bagi mengalas perut di perhentian Tapah. Setelah itu kami meneruskan perjalanan semula dan kami singgah sebentar di Ipoh untuk menghabiska masa disana. Kami tidak menyinggah mana-mana tempat tapi sebaliknya kami singgah sekadar pusing-pusing di Bandar Ipoh sahaja. Setelah itu kami pun keluar balik dari Bandar Ipoh dan meneruskan lagi perjalanan kami seterusnya. Setibanya aku di Tol untuk menyeberangi Jambatan Pulau Pinang, aku terus segar daripada mengantuk. Tapi sayangnya aku tidak boleh mengambil gambar di sepanjang Jambatan tersebut kerana cuace ketika itu kurang mengizinkan kerana hujan telah turun. Tapi tidak mengapa perjalanan kami semua tidak terganggu. Selapas menyeberang ke Pulau melalui jambatan tersebut kami terus hotel dan teruk check-in. Penatnya kami sekeluarga setelah 5 jam di dalam kereta. Kami rehat seketika sebelum kami keluar semula untuk berjalan-jalan di disana.

Inilah Hotel Penginapan Kami Sekeluarga
COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG
Tanjung Bungah
11200 Penang, Malaysia.
 Ini Kaunter Pertanyaan Hotel ni (Reseptionist)
Ini pula kolam renang kat hotel ni...Kolam dia agak biasa2 saje...
Rumah ni sebenarnya berdekatan dengan Hotel kami. Siapala gerangan yang duduk di banglo ni....
Ini mini taman kat pintu masuk hotel ni...mini lanskap jek...jus buat ade2 jek...

 Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang percutian kami seluarga. Pelbagai tempat, gelagat dan aksi kami disane sekeluarga.

Gambar Candid di Bukit Bendera

Candid 1

Candid 2

Candid 3


Candid 4

Candid 5

Candid 6

Gambar Tempat Yang Dilawati







Gambar-gambar Kami Berlatarbelakang Lokasi Kami





Gambar-gambar Aksi Kami Sekeluarga

Masa ni baru balik dari jenjalan kat shopping kompleks kat Penang. Adik2 aku ni baru pas membeli belah la ni untuk bermandi mande di kolam besok paginya. Kira testing dulu la goggle baru ni...
Bajui pun nak menge'TEST" jugak...Ini abang ipar aku..abang sulung kepada suami aku.
Hah ade telent tak jadi superhero malaya...wakakaka...jahat seyh aku....die jadi superhero kat rumah jek...ehehehehehe....
Inilah kalo korang nak tahu....adik ipar n abang ipar aku yang same2 mental dgn aku....terutamanya abang ipar aku...kalo bab melawak memang dielah orangnye...apepun takde die tak best jugak...uhuhuhu...
Ini adalah popo salah satu teddy bear Nana yang digemarinya...Actually semua teddy bear die kesayangan die...apepun CINDY jugak tetap di hatinye....ahahahaha...
Gambar ni diambil oleh suamiku sendiri....mase ni kami adik beradik tengah menikmati pagi kami dengan menyegarkan bandan kami melalui aktiviti berenang...aku dan Nana jek x reti berenang....harapkan goggle jek lebih ahahahaha.....

 Mase ni pulak kat Muzium yang terletak dekat jek dengan hotel penginapan kami ni....macam2 ada...

Ni pulak kat Bukit Bendera, tengok la aksi si Kakak (ika) ni...kalo bab candid n aksi2 spontan atau pun buat memek2 muke diela juaranye.....ehehehehe....(standby nak kena BOOOMMMMM)....

Bag POOH Nana Yang dibeli Khas Untuk Percutian ke Penang Untuk Kali Ini.



Jom Cerita Tentang Gambar Dibawah ini..."Sape plak orang ni ek???"
Ini adalah Ida & Ijat bersama bayi mereka yang telah dijumpai di Bukit Bendera secara tidak sengaja. Kami terserampak di Train Bukit Bendera. Aku pun tidak menyangka sepanjang percutian ini akan ada orang-orang yang aku kenali akan terserempat di tempat yang jauh dari yang sepatutnya. Apapun aku sangat bersyukur dan gembira kerana telah dapat berjumpa dengannya setelah hampir 6 tahun tidak kutemui. Kali terakhir aku berjumpanya ialah di Kolej selepas Final Exam. Sebelum aku terlupa beliau adalah rakan sebilik ku wakti di Kolej Komuniti YPJ Segamat dan juga sekelas denganku untuk subjek tambahan. Mereka ini adalah pasangan bercinta sejak dari kami mula-mula belajar di kolej tersebut. Mereka telah berkahwin pada tahun 2009 kalau tidak silap aku. Walaubagaimana pun pertemuan yang tidak dijangkakan ini memberi aku kegembiraan dan terubat rindu aku kepada rakan-rakan seangkatan denganku ketika di zaman kolej dahulu. Semoga mereka kekal dan bahagia ke anak cucu...Aminnnnn....