Thursday, 2 June 2011

Lima 2009 At Langkawi, Kedah


Program Lima Di Langkawi, Pameran yang diadakan dua tahun sekali. Aku sepatutnya diarahkan bertugas disane bersama PA YBTMP tetapi entah bagaimana tak jadi pulak katenye. Sebabnye aku pun tak tahu, yang pasti setiap orang dalam pejabat kami akan merasa untuk ke pameran tersebut. Banyak juga anjuran LIMA ni..Tapi aku difahamkan ianya tidak lah semeriah seperti tahun2 sudah kerana peruntukan bajet untuk tahun tersebut kurang mendapat sambutan. Walaubagaimana pun kemeriahan suasane di sane tetap berjalan dengan lancar dan tetap menjadi tumpuan. Aku juga sempat singgah di ofis YBTMP Lima tersebut. Yang bestnye dapat makan free, sedap2 makananye plak tu. Untuk pergi ke program LIMA tersebut setiap kakitangan pejabat akan merasai pergi dengan bergilir-gilir mengikut hari yang telah ditetapkan. Dan nama aku telah disenaraikan pergi bersama Ofismate aku iaitu Firdhana. Kami berdua menikmati sepenuhnya peluang tersebut sampai kepenatan dan siap beli kasut baru lagi kerana kaki aku melecet. Sebab punca melecetnye ialah aku pakai tumit tinggi. Tak Bajet pulak boleh merayap-rayap. Hah yang membawa kami bersiar2 dan shopping ialah Mr. Joseph Khoo iaitu Pegawai Khas Datuk yang bertugas di sane. Sambil2 menyelam tu kami minum air lah sekali kate pepatahlah. Sambil melihat pameran dan pertunjukan LIMA tersebut kami juga sebab membeli belah untuk membeli cenderamata kepada orang yang tersayang. Alhamdulillah aku dapat gak belikan untuk family mentue aku buat pertama kalinya. Untuk family sendiri aku pun beli judak. Itu adelah perkara wajib bile aku kemane saje. Mudah-mudahan tuhan murahkan rezeki aku...aminnnn...eheheehehe

Photo2 dibawah ni, adalah photo2 sepanjang aku berada disane bersama Pn. Firdhana kite ni...ermmm..




Bersama Kakitangan Yang Bertugas di LIMA Langkawi 2009 (Gambar di bawah ini)



Kami berdua bertolak dari Damansara Damai ke TUDM Subang dengan menaiki Charlie. Buat pertama kalinya aku dan firda naik pesawat tentera yang besar tu..Macam nak pergi berjuang jek rase mase dalam plane tu...ahahahaha....apepun kami berdua sangat enjoy dan happening...yipppppieeee....

No comments: