Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

WEDDING HAFIZ & DAYANA

Wedding Dayana & Hafiz Pada 21 & 22 September 2012

Mesti korang tertanya2 apakah cite terkini pada kali ini. Actually cite ni bulan September 2012 ari tu. Cuma aku x dpt nak update kerana aku sgt2 la bizi layan drama korea. Walaupun dah berkali2 aku tgk, sampai naek lembam lah bijik mate aku ni hah. Xpe janji aku hepi sudahkan...ehehehehe....Okey kali ni aku nak bawak korang gi wedding slh sorg member aku. Actually die ni dulu pernah kerja 1 opis dgn aku mase kat KKM dulu...KKM tu ape ek???Kementerian Kesihatan Malaysia lahhhhh...Kami masuk di Pejabat Timbalan Menteri pada tahun yang berbeza, kira aku ni senior die lah...die msk 2007, aku sblm tu 2006...Ape yang menarik hubungan aku bkn setakat rakan sepejabat sahaja, tp kami di ofis tersebut bagaikan 1 family yang slg kenal mengenali, saling gurau senda, enjoy, cover line sasame sendiri, byk lg lah kalo nak ckp psl hubungan kami yang terjalin sepanjang bekerja di situ. Bukan hubungan aku dgn die lahhh...i mean hubungan satu opis termasuk la die n aku..Hafiz ni ialah paling bongso kat ofis aku dulu. Mase die masuk tu umur die 19 thn kot...mudakan..sekrg dah masssyyuuukkkk...tapi die berjaye bkn kerana sesape tp atas usaha die sendiri. Aku bangge n kagum dgn semangat dan keyakinan die...kira aku dan abang iwan adalah org yg plg closed dgn die..abg. iwan tu ex staff Pej. TMK jugak uhuhuhu....

Kadang2 pk2 blk untung jadi die...nasib die sgt baik dan beruntung..Coz start keje kat ofis dulu, byk rezeki yg die dpt starting dr ofis lame sampailah skrg ni...Al maklumlah die seorang yang ade rupe, handsome (boleh tahan), punye tubuh badan yang mantap & tegap, putih orgnye dan yang plg penting die sgtlah romatika diamore dan luving & caring. So x hairanlah kalo die tu pernah mendapat title Plyboy. Sape yang kwn dgn die confirm babe leh cair. Tapi ape yg menyebabkan aku suke die & jadi rapat dgn die ialah die sorg yg ramah walaupun nampak cam pemalu, seorang yg rendah diri, pandai bertutur bile nak berckp, menghormati org tue. Dan sgt gentlement, hepi good lucky person dan pandai mengambil hati. Dats y la die jadi adik aku...ohhhh salah ek..mmg la mak ayah die x lahirkan aku...maksud aku bulan pertame die msk opis we all dah trus closed bagaikan adik beradik walaupun die ade kakak yg tggl same dgn die mase tu..ehehehehe....Tapi kami ni aku bkn nak cite hal die sgt..sb kali ni aku nak cite ttg perkahwinan die..kalo korang nak tau bkn calang2 org yg die dapat tau...Alhamdulillah die akhirnya mendirikan rumah tangge pada 21 September 2012 (Jumaat), jam 9.00 mlm die kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu dengan puteri kepada Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu. Wedding die dihadiri oleh YAM Sultan Tuanku Mizan, Sultan Terengganu dan permaisuranya. Turut menghadiri majlis perkahwinan beliau ialah Menteri2, Timbalan Menteri dan VIP2 yang lain. Majlis gilang gemilang ini disambut di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Yang bestnye dapat goody bag bekas pasu kace yg ade gambar mereka berdua. Sgt exclusive dan cantik...Apepun tahniah Hafiz & Diana...semoga perkahiwnan mereka berkekalan dan cepat2 dpt baby...uhuhuhuhu....

Ade sikit jek gambar2 dlm my HP...yang byk2 tu semua dlm camera abang iwan...so jadilah untuk kwn2ku yg suke skodeng2 aku kan...ehehehe..skodeng2 jgk jgn x wat keje sudah...okey jom tgk!!!!

Pengantin OTW nak ke meja santapan

Dari Pelamin menuju ke meja santapan dengan laluan red carpet beliau


Nunnnnn jauhnye meja santapan dr tempat we all kan...ehehehe

Ini lah gift dari Majlis Perkahwinan diorg. Air dan tempat telur...ade paper bag tp x sure kat mane letak

Inilah gift yang aku katekan tadi...dtg2 jek kat meja kotrg tetibe dah mmg siap2 kat atas meja kelas ko jah...

Inilah Abg Iwan in the house. Ex Ofismate aku &Hafiz. Segak bergaye lg dgn baju melayu die...Ini abg kesayangan Hafiz...agak2 korg aku ni akak sayangan die x???ehehehe...haruslahh kan Hafizzzz..

Hanye wedding Hafiz & Diana jek aku pakai baju nikah aku blk...Khas utk pegi wedding diorg tau...

Actually byk lagi nak cite psl perjalanan aku sepanjang kat Kuala Terengganu ni...xpe nanti ade part 2 plak..tp bkn lagi cite hal wedding Hafiz tp psl percutian aku di sane...ehehehe...

Friday, 3 June 2011

Hantaran Perkahwinanku

Persiapan Perkahwinanku

 Hantaran Side Pengantin Perempuan



Bilik Pengantin & Kek Pengantin


Hantaran Side Pengantin Lelaki
The above pictures are photos sending goods from the groom's side...(Hasil Nurkilan dari Zulaika Atraii - Adik Ipar aku No 3..Cantek kan hasil kreativiti die..tempahlah sekarang selagi stok masih ade..ahahahahaah)

Wednesday, 1 June 2011

Kenanganku Bersama Mereka di Hari Perkahwinanku


Tarikh : 1 Mei 2011 (Ahad)
Bertempat di Dewan Sg. Udang, Melaka


 
Kenangan Bersama YB. Datuk Dr. Hj. Abd. Latiff Bin Ahmad
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia &
YBhg. Datin Zuraidah Binti Endot
Isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia 


Monday, 23 May 2011

My Wedding

(,")....Segalanya bermula disini....(",)

Serba sedikit perjalanan sepanjang perkahwinan aku yang berlangsung pada 1 Mei 2012 sempena hari pekerja. Akanku semadikan di dalam ingatan dan hati buat selamanye. Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Jom kita tinjau serba sedikit mengenai majlis perkahwinanku berlangsung.

Bergambar di bilik pengantin sebelum bergerak ke Dewan Persandingan :-




Waktu Ketibaan di Dewan Jeperun Sg. Udang, Melaka pada jam 1.20 tengahari :-






Setibanya pengantin di pintu masuk dewan dan berjalan ke pelamin melalui pintu gerbang bagi menyambut Raja Sehari :-






Menjadi Raja Sehari ibarat Prince & Princess pada hari bersejarah kami ini. Aksi Raja Sehari di atas pelamin :-






Dimeja santapan untuk makan beradap, takpe style kami bedal jek lah...tak formal pun, janji makan uhuhuhu... :-





Kononnya nak menari, tapi poyo jek lebih...nak nyanyi lagilah tak boleh sebab live band, kalo setakat karaoke tu bolehlah...takpelah layan jek lah :-




Dan the last event kami ialah potong kek, tu pun baru prasan kek lupe nak potong, tapi org sume ramai dah balik..tapi kek tetap dipotong..rugi tu nanti ehehehe :-




Selesai sudah majlis di Dewan kami pun bergegas ke Bandar Melaka untuk mengambil gambar utk background outdoor pulak :-




Selesai Sudah segalanya...Setelah sesi bergambar di Melaka habis kami pun pulang ke rumah untuk makan dan salin baju, seterusnya kami menginap di hotel yang telah di bookingkan. Syukur Alhamdulillah segalannya berjalan seperti yang dirancang. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kami dan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T

Thursday, 19 May 2011

Dihari Pernikahanku....



Pada 30 April 2011 bersamaan hari Sabtu adalah tarikh aku menamatkan zaman bujang aku pada tahun ini. Majlis pernikahan aku dimulai jam 5 petang bertempat di Masjid Al-Hafiz di Kampung Tengah, Kuala Sg. Baru Melaka. Aku dan suami aku selamat di ijab kabul pada jam 6 petang. Aku dinikahi dengan berwalikan hakim kerana wali nasab aku adalah ghaib...Segala cabaran dan dugaan telah aku tempuh dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yg dirancangkan...

Aku sangat2 beryukur kepadanya kerana Allah S.W.T sentiase bersama aku bile aku amat memerlukannya. Kerana die (Tuhan) sentiase bersamaku maka aku akan sentiase membuat kebaikan dan cube mengelakan dari sebarang masalah. Namun begitu, bukan senang seseorang itu ingin menjadi yang lebih baik kerana die akan sentiase menguji kite dengan pelbagai dugaan dan godaan untuk melihat kite sejauh mane kite mampu mengawal serta menerima apa yang diberi olehnya.

Tiada perkahwinan yang mudah, semua perkahwinan pasti akan ada ujian dan cobaannya. Cuma kite sahaja yang perlu mengawalnya dan menjadikannya satu cabaran. Sesungguhnya tanpa aku sedari aku sudah pun menjadi seorang isteri kepada orang yang sangat aku cintai dan sayangi. Semoga Allah akan sentiase melindungi hubungan suci ini dan berkekalan sehingga akhir hayat.

Mudah-mudahan Allah aku dan suami akan bahagia dan aku berdoa dengan harapan dijauhkan dari segala hasat dengki, iri hati dan panahan orang supaya hubungan kami di lindungi olehnya. Sesungguhnya sekiranya ada sebarang persengketaan dan salah faham diantara kami ini mudah-mudahan dapat diselesaikan dan dipelihara. Moga dengan berkat doaku ini, agar kami diberi pentujuk untuk menjadi lebih baik, dimurahkan rezeki, diberi cahaya mata, diringankan beban, dijauhkan segala musibah, dilindungi dan paling penting diredhai dan direstui...aminnnnnnnnn...

Berikut adalah gambar-gambar di sepanjang Dihari Penikahanku :-



Nilah aksi-aksi aku sebelum dinikahi. Tengah menunggu ketibaan Tok Kadi






Alhamdulillah......gambar-gambar diatas ialah gambar2 waktu nikahkan dan kami berdua telah diijabmabulkan sah sebagai suami & isteri. Amin...




Kami sempat mengambil gambar di tepi pantai dimana iainya berhampiran dengan kampungku. Iaitu di Pantai Kuala Linggi (Restoran Terapung)



Seselai jek outdoor kami terus pulang ke rumah untuk indoor plak. Ada gambar background diatas pelamin & juga di bilik pengantin

Al-hamdulillah selesai sudah Majlis Pernikahanku. Dan ayat dibawah ini adalah untuk kami berdua sebagai tanda cinta, kasih dan sayang kami. Amin..