Monday, 27 June 2011

Butik Andaman Zulaikha

Butik Andaman Zulaikha ialah butik yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan. Ianya terletak di Kundang, Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan. Butik tersebut terletak ditepi jalan ianya sangat berhampiran di Tasek Biru, Kundang. Butik ini dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang telah membuka Butik mereka bersama. Orang yang bertanggungjawab dalam membuat pelamin dan bilik tidur pengantin ialah si suaminya iaitu En. Zulkifli Mas Rohin atau lebih dikenali sebagai abang Zul. Manakala yang menjadi jurusolek,dandaman rambut dan menghasilkan idea-idea koleksi baju penganting yang terkini ialah si isterinya iaitu Pn. Awin, lebih dikenali sebagai kak Awin. Dengan adanya bakat mereka dalam bidang ini maka tidak hairanlah kedua mereka ini sentiasa mendapat pelanggan yang tidak pernah putus. Di Butik Andaman Zulaikha ini terdapat jenis pakaian pengantin dan pelamin yang disewakan mengikut harga yang telah ditetapkan. Butik ini juga menyediakan harga pakej mengikut citarasa setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mereka. Selain itu juga, mereka juga menyediakan perkhidmatan "photographer". Itu adalah salah satu kelebihan dan bakat yang ada pada abang Zul. Perkhidmatan "photographer" ini juga mempunyai harga pakej yang tersendiri mengikut kemampuan dan kesukaan para pelanggan yang memelih perkhidmatan mereka. Hasilnya kreativiti dan shot yang baik serta bagus telah membuat ramai orang telah mengambil dia sebagai "photographer" dan salah seorang pelanggan itu adalah aku. Selain daripada itu, butik mereka juga menediakan sewaan set " PAHA" untuk hantaran beserta dengan kain lapiknya sekali. Bagi hal solekan pula iainya bergantung sepenuhnya pada kak Awin kerana hasil nurkilan dari solekannya sangat mengaggumkan dan tidak terlalu tebal. Dia sangat pandai menyesuaikan warna kulit megikut solekannya itu.

Berikut adalah gambar-gambar yang datang dari Butik Andaman Zulaikha :-

No comments: