Tanggal 29 Februari 2012 bersamaan dengan hari Rabu, Jam 12.05 minit, maka lahirlah anak perempuanku yang telah diberi nama Farishah Najwa Binti Mohd Farid yang telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur. Setelah 9 bulan mengandungkannya maka hadirlah sikecil yang comel dalam kehidupan aku dan suamiku. Dengan kehadirannya maka lengkaplah perkahwinan kami setahun yang lepas. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT kerana telah menguniarkan kami bayi yang sangat comel dan semangat. Alhamdulillah semoga pemberian dari tuhan ini akan kami jaganya dengan penuh kasih sayang dan dapat memberi pendidikan yang sepatutnya. Amin ya rabana alamin..
Disetiap kelahiran seseorang itu pasti ada kisahnya, begitu juga dengan aku. Aku telah diminta suami untuk ke hopsital kerana pada jam 1.00 pg bertarikh 28 Februari 2012 bersamaan hari Selasa aku mengalami sakit pinggang yang agak berlainan dari sebelum ini, tidak selesa tidur dan sakit yang semakin lama semakin kerap. Aku kelihatan gelisah ketika itu, tidak dapat menahan sakit. Setelah keluar masuk bilik tetibe ade air yang mengalir dari kemaluan aku. Aku sendiri tdiak pasti sama ada air itu air kencing atau air ketumban kerana ianya terun dengan sendiri. Jika air itu adalah air kencing aku akan dapat merasainya dan boleh mengawal bila ianya akan keluar. Makin lama sakit itu makin kerap terasa, maka suami cuba hubungi keluarganya untuk mengenalpasti samada aku ini sakit biasa ataupun sakit hendak bersalin. Setelah suamiku menghubungi keluarganya maka ibu mertuaku meminta suamiku membawa aku ke hospital dengan segera kerana kuatir kami belum pernah ada pengalaman sebegini. Lalu dengan segera kami pun pergi ke hospital tersebut dengan ditemani oleh ibuku.
Setibanya dihospital doktor telah memeriksa aku dan telah memberi tahuku bahawa pembukaan aku baru dibuka 1cm. Aku jadi "blurrr" sekejap, itu bermakna waktu bersalin aku telah hampir tiba. Aku agak panik juga ketika itu, tapi dapat mengawalnya. Aku ditahan untuk dimasukkan wad bersalin. Jika diikutkan jangkaan waktu bersalin aku pada 6 Mac 2012, ini bermakna aku bersalin awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. pada pukul 4.00 ptg aku diminta untuk masuk ke 'Labour Room' kerana pembukaan aku telah dibuka kepada 4cm. Dan aku berada di 'Labour Room' selama 8 jam lamanya. Setelah pukul 11.00 malam pembukaan aku masih 5cm tidak berganjak dari pkl 8.00 malam lagi. Maka dengan itu doktor telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan keatas aku dan kandungan aku, ini kerana pihak doktor telah membuat pemeriksaan berperingkat keatas denyutan jantung bayi dalam kandunganku itu, beliau telah mendapat hasil laporan hasil dari pemeriksaan tersebut yang menyatakan bahawa bacaan jantung bayi tidak begitu cantik kerana turun naik. Lebih mudah difahami lagi keadaan jantungnya ada masa stabil ada masa kelihatan sangat lemah. Demi menyelamatkan bayi dalam kandunganku itu, maka dengan itu aku dikehendaki melakukan pembedahan dan telah dipersetujui oleh suamiku sendiri. Alhamdulillah pembedahan itu telah berjaya dilakukan. Aku dan anakku kedua-dua kami Alhamdulillah selamat dalam operasi pembedahan tersebut. Makan lahirlah kehadiran orang ketiga diantara aku dan suamiku. Farishah Najwa. Aminnnnnnnnnnnnn....
"Sesungguhnya aku sangat gembira dengan kehadirannya. Ini hadiah paling berharga untuk suamiku yang tercinta. Ini juga sebagai tanda percintaan kami sepanjang kami bersama"
Gambar diatas ini ialah Farishah Najwa dihari ke-2 kelahirannya."Comelnya anak mummy"
Semoga dengan kehadirannya akan lebih membawa makna pada kami sekeluarga. Kerana dia merupakan cucu pertama iaitu cucu sulung kepada kedua-dua belah pihak keluarga kami, dan juga merupakan anak buah pertama yang belum pernah dimiliki oleh kedua-dua belah adik beradik kami (aku dan suamiku). Selain memiliki keistemewaan itu, dia juga telah dilahirkan pada "TAHUN NAGA AIR" 2012, dan dilahirkan tengah malam 12.05 malam. Istimewanya lagi hari lahirnya jatuh kepada 4 tahun sekali iaitu 29hb Feb. Semoga keistemewaan yang tuhan berikan itu kepadanya akan membawa tuah dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Doa kami suami isteri dan keluarga agar dia menjadi anak yang soleh, bijak dan berakhlak mulia. Semoga didikan kami sekeluarga akan membentuknya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sayangi semua. Amin dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment