Tuesday, 22 May 2012

Jenjalan di JB

Pada 4,5,6 Mei 2012 kami ke Johor Bahru iaitu rumah mertueku. Buat pertama kali aku membawa ibuku ke rumah kediaman mertueku di Taman Perling, Johor Bahru. Dan untuk kedua kalinya aku membawa ibuku ke Johor Bahru. Untuk pengetahuan kami bertolak ke Johor Bahru pada 12.00 tengahari dan tiba di JB pada 4.30 petang pada 4 Mei 2012. Sebaik saja sampai kami semua terus merehatkan diri di rumah kerana kepenatan sepanjang perjalanan dari Damansara. 

Kami berlima iaitu aku, suamiku, anakku, ibuku dan adik iparku wawan sebenarnya ke JB adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik suamiku iaiatu Hafiz & Faizah yang merupakan rakan sekolah mereka sewaktu disekolah menengah. Majlis mereka berlangsung di Dewan Sri Tebrau, JB. Majlis Perkahwinan tersebut adalah disebelah pihak lelaki. Tema warna perkahwinan mereka ialah Ungu. Majlis itu berlangsung pada 5 Jun 2012 (Sabtu). Setelah ke majlis perkahwinan tersebut kami pulang ke rumah dan berehat sekejap. Di waktu petangnya pula, kami (aku, suamiku, ibuku, nana dan anakku) sekeluarga bersiar-siar di Dangga Bay JB. 

Aku membawa mereka kesana adalah kerana ingin memberi peluang kepada ibuku untuk merasai berjalan-jalan di Dangga Bay tersebut. Kami juga sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Ini kerana bukan selalu aku akan membawa ibuku ke JB kerana kami masing-masing sentiasa mempunyai urusan lain untuk diuruskan. Agak menyeronokkan aku kerana aku dapat merasai peluang berjalan-jalan bersama ibuku di tempat orang. Alhamudulillah hajatku untuk membawa ibuku ke JB kali ke 2 telah kesampaian. Setelah bersiar-siar di Dangga Bay kami semua ke Shooping Kompleks pula iaitu di Jusco Tebrau yang merupakan satu-satunya Jusco yang terbesar di Johor Bahru. Setelah berjalan-jalan disana kami pun pulang untuk menikmati hidangan mama iaitu mak mertuaku. Dan keesokanya kami berlima pualng ke KL selepas dibawa bersama ke Majlis Perkahwinan Jiran Mama & Papa (Mertuaku). Berikut dibawah ini adalah gambar yang sempat kami ambil. Jom tengokkkk !!!!







Inilah diantara gambar-gambar yang sempat kami ambil bersama sepanjang di Dangga Bay JB. Untuk di tempat-tempat lain kami tidak sempat untuk mengambil gambar kerana masing-masing sibuk untuk berjalan-jalan dan cuci mata.


No comments: