Monday, 14 May 2012

Gifts Untuk Isha

Gifts & Hampers to Farishah Najwa 

Ini pemberian dari Faidzul Atraii (Bajui) & mama (Pn. Kam), Bay coat & mattress kedua2nya dibeli khas untuk anak buah dan cucu sulong mereka. Masa ni "Isha" blm delivery lg, otw nak delivery. (Baby Jaya Shop, Damansara Utama) RM 1000++

Kedua-dua gambar diatas ini adalah pemberian dari rakan-rakan sepejabat, kawan-kawanku dan suamiku ibu saudaraku, Cousinku. Semua pemberian ini adalah dari Uncle Am & Awin, Nekngah Sarah & Tokngah Dollah, Abg. Pie, Mr. Joseph, Kapt. Wany, Fiqah (Fiq), Melati dan 3 in 1 (Huda, Firdha & Aishah)

Dress ini pula dihadiahkan utk Farishah oleh uncle Zuhir & Aunty Mela From JB. Kalo nk tau Mr. Zuhir kite terpakse menunggu 1 jam utk Mrs. Zuhir pilih baju ni utk "Isha". Kiki Lala lg class ko jah..uhuhuhu..Zuhir & Mela ni cousin side Ayet's

Cantikkan Aunty Ommie bagi. Actually set baju ni di dlm pack yg cantek, tp Cik Ommie kite suruh bukak time 2 jgk, apa lg bukak la uhuhuhu...tp baju ni blm boleh pakai lg sb baju ni umur 6 bln nanti baru pakai, skrg "Isha" baru 3 bln ehehehe....

Set Baju ni dr Aunty Ramlah, Ibu aku punye best friend lah...Kira wakil dr kenalan ibu dari kampung la kiranya ni. Pink lg trackmark Baby Girl katekan...

Yg bekas botol susu (Tupperwear) tu mama "Isha" yg beli sblm "Isha" lahir uhuhuhu...tu mama belikan saje2 jek uhuhuhu...hah yang dlm kotak tu nenek (mother-in-law) "Isha" yg bg, Set Botol Susu Brand Tupperware. Dan yg set baju dari Pureen tu pemberian dari Uncle Bani & Aunty Faizah, jiran kite kat Appartment Desa Mutiara dan juga merupakan Cousin papa "Isha" Ayet.

Pergi shopping nak beli baju sendirila konon kat Time Square, tp tetibe baju sekecik pulak yg dpt. Huhhh..Ini dari Uncle Bajui (Skirt) & Nenek Kam (Ziraffah).. Pink Colour gitu...Winkkkkk..

Inilah Stroller "Isha" from Daddy "Isha". Actulally my husband nak belikan yg 3 roda tu brand Sweet Cheery tu, memandangkan msg2 dah x larat nak pikul atau guna Carrier, maka dgn mlsnye nak menunggu dan mencari lg maka kami berdua telah sepakat utk membelinya di Mydin PJ. Yg ni brand Fair World. Kira Stroller Ergent la. Tp x pela kan janji boleh bawak "Isha" jln2 kan. Not Bad jugak tau stroller yg daddy belikan ni.

 Teddy Bear ni paklong Yus yang bagi. Lampu warna warni pun paklong Yus bawak kan untuk Isha. Kecik-kecik lagi dah ade lampu tidow kan...Nanti dah besar tengok2 semua dah ade kan.

 Hamper ni pulak pemberian dari moksuku (Awie) sekeluarga. Thanks mokso, thanks nekso (dari Isha)...Pandai mokso pilih...suke..suke..suke..

Farishah With Uncle Wawan


This is a Fazwan Atraii. He is the younger brother to my husband Farid Atraii. His age was 22 years and isthe fourth of five siblings. is currently studying his final year at the College Risda Malacca. He is currently studying a diploma in landscape architecture. He also likes to children. it is not surprising if his love child ofthe first daughter Najwa Farishah. He is concerned and diligent to serve the sweet little "Isha". This is because my daughter was the first child of his family and also my family. Besides her, the eldest brother (Yusman Yusof) also like to entertain and joke with my daughter. This is the first history and new memoriesof them with their first child.
At Mutiara Damansara (our home). He playing with my daugther and sleep with his nephew..(So Sweet kan)..

Bring the nephew walk in Jusco Bukit Indah Johor Bahru. So happy "Farishah" can be supported by her uncle
 For this time moment at Sunway Pyramid in PJ. 
The four of us (Me, Wawan, my mom & Martin - Wawan's Friend) go there because want to find baby food for my daughter

MECHANIC PART TIME SERVICE

Kereta Anda Rosan???Perlukan Makenik??...Hah ini dia yang anda cari ------->>>>


Sekiranya anda memerlukan mekanik kereta ketika kereta anda rosak atau bermasalah di sekitar Putrajaya, KL, Shah Alam, Sg. Buloh dan Damansara jangan kuatir dan risau kerana anda boleh menghubungi En. Farid atau lebih dikenali dengan panggilan "Ayet" untuk menggunakan khidmat kerja beliau. En. Farid ini adalah seorang makanik yang telah berpengalaman selama 8 tahun, berumur 28 tahun pada tahu ini bekerja di sekitar KL dan Damansara. Banyak pengalaman bekerja yang telah diceburi. Oleh demikian itu, dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu beliau yang ada di dalam bidang makanik ini beliau ingin mempromosikan diri untuk membuat kerja sambilan (part time) untuk mengisi masa lapang dan mencari wang poket. Walaupun beliau bekerja di salah sebuah bengkel di sekitar KL ini akan tetapi tidak menjadi masalah atau penghalang beliau untuk menambah pendapatan baki mengisi keperluan dan kehendak yang sedia ada. 

Waktu beliau membuat part time ini adalah selepas waktu kerja beliau iaitu jam 7 mlm ke atas. Sekiranya kerosakan yang berat beliau hanya boleh mencadangkan untuk membawa kereta itu ke bengkel saja. Disana beliau akan memeriksa kereta anda dengan lebih lanjut. Sekiranya kerosakan kereta anda tidak berat dan beliau sendiri boleh menyelesaikannya, itu sudah pasti beliau akan memperbaikinya disitu juga. Jika anda ingin tahu ketahui beliau merupakan suami saya dan bapa kepada anak saya.

En. Farid Atraii (Makanik)
Area : Putrajaya, KL, Shah Alam, Sg. Buloh & Damansara



Sunday, 13 May 2012

Hari Pertama Selepas Habis Pantang 44 Hari

Mahkota Parade Melaka (Bowling Club)

Mahkota Parade Shopping

Destinasi pertama aku selepas 44 hari berpantang ialah Mahkota Parade Melaka. Wah anak aku dlm pantang lg dah jauh perjalanan die. Lagi 2,3 hari blm sempat aku nak habis pantang dah berjalan ke Melaka. Kiranya aku blk kampung bercuti kat kampung seminggu. Alhamdulillah nasib baik sekecik aku tu x nangis cam baby2 yg lain. Kalo korang nak tau family aku tu mase tu gile skit, terutamanya ibu aku sendiri. Sebabnya die tak sabar2 nak blk kampung nak jumpe kwn2 n adik beradik die. Al-maklumlah dah 2 bln x blk rumah sendiri kan...rindu la tu agaknye..yang gilenye kitorg blk kampung mase tu dah pukul 1.30 pg. Bergerak dari Mutiara Damansara ke Tanjung Dahan Melaka. Sampai dlm pkl 2.45pg nak dekat pkl 3.00pg la jgk...Uuuhhh nasib anak aku x nangis or meragam. Alhamdulillah anak aku ni kuat semangat skit orgnye...so die xde plak nampak bende2 yg bukan2. Mungkin Surah Yassin sentiase ade bersamanya kemane saje kot....1 lg wan ( nenek) die rajin bacekan surah2 or ayat2 suci Al-Quran, itu pun slh 1 sebab myb die tidak diganggu bende2 ghaib tu..syukur alhamdulillah..

Untungnye anak aku sebab blm sempat maknye abis pantang dah gi Melaka. Pastu plak genap 44 hari jek, keesokkanya dah pegi Mahkota Parade sebab bawak wan die pegi main bowling. Tapi bukan pegi main bowling sesaje tau, pegi sane sebab ibu aku adalah salah satu peserta wakil dari Group Wanita UMNO Caw Kuala Linggi, Melaka. Kira pertandingan Wanita UMNO mengikut cawangan-cawangan bagi UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka. Yang bestnye mase tu aku n suami aku blm beli stroller utk baby kitorg lg..so nak jln n join punye psl ibu aku cdgkan pinjam kat Ain & Sham (Cousin aku) lah jwbnye. Alhamdulillah dpt jgk pinjam..Terima kasih la pada mereka berdua. Alhamdulillah jugak aku ucapkan sebab si kecik comelku x meragam pun. Die juz nangis pun nak menyusu dan x selesa sb kencing or berak jek. Senang jage si "ISHA" my luvly daugther.

Yang x bestnye bentuk badan aku jek blm kembali kepada asalnya, biasela org baru lepas bersalinkan operate plak tu. Sah2 la xleh pakai bengkung, kena la tggu luke dlm betul2 baik. Aku sangat2 bersyukur sbb luke luar doktor kate baik2 saje, siap puji lg, die kate "Pandai awk jage". Wah mase tu aku dah kembang kuncup dah kena puji. Baby aku pun sihat walafiat. Okey pasni aku nak bg korg tgk gambar2 sepanjang aku kat pusat Bowling di Mahkota Parade Melaka. 

Inilah aku selepas 44 hari berpantang. Masa ni 14 April 2012 (Sabtu). Seronoknye dapat jalan2 selepas berpantang, plg menyeronokan aku ialah dapat berjalan2 bersame anakku ...(,") & (",)...
Ini ibu aku & makso aku, diorg la team kpd kumpulan ni. Msg2 siap bwk anak lg, ade juga pemain bwk suami, mak bapak. Ibu aku plak bawak anak dan cucu...cayalah bu....
 Gambar diatas ni ialah gambar team dr kumpulan ibu aku la. Wanita UMNO Caw. Kuala Linggi. Pic sebelah kiri ni mokso aku "Awie" dan sebelah kanan ni cousin aku "Intan". Mase ni diorg tgh beraksi main bowling. Walaupun kalah tapi msg2 ade kepuasan.

Inilah ketua team Caw Kuala Linggi, Mak Andak aku (tengah2). Ketua Wanita UMNO Caw. Kuala Linggi. Belah kiri tu mokso aku n belah kanan tu pulak cousin aku. Ni msg2 tgh tension sebab screen tv kat bowling tu problem, ade masalah teknikal. Tu yg buat kalah kot...uhuhuhuhu
Ini ibu aku tgh tggu turn die nak main plak..Tapi screen tv dgn pin kat track mmg sentiase bermasalah. So ni la muke2 kebusanan disebabkan masalah line kat bowling ni....mmg sgt2 menggeramkan. Nasib aku x leh main. Kalo x aku pun angin same...

"Mdm Asmidar Aman". This is My Mom. Pemain baru dlm game bowling ni. Aku kagum dgn ibu aku sebab die berani main bowling ni walaupun ni adelah first time die bermain. Yang tak tahan tu x penah main tp bile main jek trus msk pertandingan trus...gile kentang la..ahahahaha...apepun skrg die dah pandai main n gian nak main jek keje. Kalo aku luke operate dah btl2 ok, aku janji akan bwk die pegi main bowling lg. Ibu tunggu ye bu...apepun tahniah sebab berani mencube CaYoKkKk!!!!

Si comel "Isha" adalah penceria kami dan penyeri untuk team Bowling kami. Anak mummy sayang 
"U R GOOD GIRL"

Thursday, 10 May 2012

My Daughter

Tanggal 29 Februari 2012 bersamaan dengan hari Rabu, Jam 12.05 minit, maka lahirlah anak perempuanku yang telah diberi nama Farishah Najwa Binti Mohd Farid yang telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur. Setelah 9 bulan mengandungkannya maka hadirlah sikecil yang comel dalam kehidupan aku dan suamiku. Dengan kehadirannya maka lengkaplah perkahwinan kami setahun yang lepas. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT kerana telah menguniarkan kami bayi yang sangat comel dan semangat. Alhamdulillah semoga pemberian dari tuhan ini akan kami jaganya dengan penuh kasih sayang dan dapat memberi pendidikan yang sepatutnya. Amin ya rabana alamin..

Disetiap kelahiran seseorang itu pasti ada kisahnya, begitu juga dengan aku. Aku telah diminta suami untuk ke hopsital kerana pada jam 1.00 pg bertarikh 28 Februari 2012 bersamaan hari Selasa aku mengalami sakit pinggang yang agak berlainan dari sebelum ini, tidak selesa tidur dan sakit yang semakin lama semakin kerap. Aku kelihatan gelisah ketika itu, tidak dapat menahan sakit. Setelah keluar masuk bilik tetibe ade air yang mengalir dari kemaluan aku. Aku sendiri tdiak pasti sama ada air itu air kencing atau air ketumban kerana ianya terun dengan sendiri. Jika air itu adalah air kencing aku akan dapat merasainya dan boleh mengawal bila ianya akan keluar. Makin lama sakit itu makin kerap terasa, maka suami cuba hubungi keluarganya untuk mengenalpasti samada aku ini sakit biasa ataupun sakit hendak bersalin. Setelah suamiku menghubungi keluarganya maka ibu mertuaku meminta suamiku membawa aku ke hospital dengan segera kerana kuatir kami belum pernah ada pengalaman sebegini.  Lalu dengan segera kami pun pergi ke hospital tersebut dengan ditemani oleh ibuku.

Setibanya dihospital doktor telah memeriksa aku dan telah memberi tahuku bahawa pembukaan aku baru dibuka 1cm. Aku jadi "blurrr" sekejap, itu bermakna waktu bersalin aku telah hampir tiba. Aku agak panik juga ketika itu, tapi dapat mengawalnya. Aku ditahan untuk dimasukkan wad bersalin. Jika diikutkan jangkaan waktu bersalin aku pada 6 Mac 2012, ini bermakna aku bersalin awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. pada pukul 4.00 ptg aku diminta untuk masuk ke 'Labour Room' kerana pembukaan aku telah  dibuka kepada 4cm. Dan aku berada di 'Labour Room' selama 8 jam lamanya. Setelah pukul 11.00  malam pembukaan aku masih 5cm tidak berganjak dari pkl 8.00 malam lagi. Maka dengan itu doktor telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan keatas aku dan kandungan aku, ini kerana pihak doktor telah membuat pemeriksaan berperingkat keatas denyutan jantung bayi dalam kandunganku itu, beliau telah mendapat hasil laporan hasil dari pemeriksaan tersebut yang menyatakan bahawa bacaan jantung bayi tidak begitu cantik kerana turun naik. Lebih mudah difahami lagi keadaan jantungnya ada masa stabil ada masa kelihatan sangat lemah. Demi menyelamatkan bayi dalam kandunganku itu, maka dengan itu aku dikehendaki melakukan pembedahan dan telah dipersetujui oleh suamiku sendiri. Alhamdulillah pembedahan itu telah berjaya dilakukan. Aku dan anakku kedua-dua kami Alhamdulillah selamat dalam operasi  pembedahan tersebut. Makan lahirlah kehadiran orang ketiga diantara aku dan suamiku. Farishah Najwa. Aminnnnnnnnnnnnn....

 "Sesungguhnya aku sangat gembira dengan kehadirannya. Ini hadiah paling berharga untuk suamiku yang tercinta. Ini juga sebagai tanda percintaan kami sepanjang kami bersama"

Gambar diatas ini ialah Farishah Najwa dihari ke-2 kelahirannya."Comelnya anak mummy"

Semoga dengan kehadirannya akan lebih membawa makna pada kami sekeluarga. Kerana dia merupakan cucu pertama iaitu cucu sulung kepada kedua-dua belah pihak keluarga kami, dan juga merupakan anak buah pertama yang belum pernah dimiliki oleh kedua-dua belah adik beradik kami (aku dan suamiku). Selain memiliki keistemewaan itu, dia juga telah dilahirkan pada "TAHUN NAGA AIR" 2012, dan dilahirkan tengah malam 12.05 malam. Istimewanya lagi hari lahirnya jatuh kepada 4 tahun sekali iaitu 29hb Feb. Semoga keistemewaan yang tuhan berikan itu kepadanya akan membawa tuah dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Doa kami suami isteri dan keluarga agar dia menjadi anak yang soleh, bijak dan berakhlak mulia. Semoga didikan kami sekeluarga akan membentuknya menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan sayangi semua. Amin dengan izin Allah.