Tuesday, 25 September 2012

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YB. DATUK DR. ABD. LATIFF AHMAD 2012

7 September 2012 (Jumaat) - Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 (Open House) YB. Datuk Dr. Abd Latiff Bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia kali ini tidak diraikan dikediamannya lagi. Akan tetapi iainya disambut di tempat "PUBLIC" atau lebih mudah lagi "OPEN AIR". Tiada tema warna pada sambutan kali ini, semuanya serba serbi putih. Walaunpun tiada Theme Colour tapi sentuhan putih itulah yang telah membuat majlis tersebut nampak bersih dan Eksklusif dan Fresh. Majlis Open House YB. Timbalan Menteri Pertahanan ini bertempat di Perkarangan Pusat Maritim Putrajaya

Bersebelahan dengan Pullman Hotel Putrajaya. Suasananya agak menarik kerana majlis kali ini ialah ditepi tasik dengan pemandangan yang cantik dan indah. So sambil bersantai, makan-makan dan jumpa kawan-kawan, sambil itu kita boleh menikmati malam yang menyinar dengan keluasan tasik serta bangunan-bangunan yang tinggi, jambatan yang berlampu-lampu sambil menerangi jambatan tersebut. Keunikan Majlis kali ini sangat disukai para kunjungan tetamu yang diundang. Mungkin masih ada lagi kekurangan dalam majlis rumah terbuka kali ini. Tapi itu tidak menjadi penghalang bagi kami dari pihak pengurusa dan urusetia dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah serta berjaya hingga ke akhirnya. 

Majlis Rumah Terbuka ini bermula pada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Artis jemputan pada kali ini ialah Jamal Abdillah. Actually Jamal Abdillah dah 3 tahun berturut-turut diundang ke Majlis Rumah Terbuka ini. Cuma kali ini beliau dijemput untuk menghiburkan para tetamu yang hadir secara terangnya ialah beliau dibayar. Apa pun mari kita tinjau serba sedikit tentang Majlis Rumah Terbuka Aldilfitri YB. Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia 2012.

YB. Datuk Latiff yang sedang bersalaman dengan tetamu. Di temani oleh JAMAL ABDILLAH

Gambar diatas ini betul-betul depan Meja VIP dan Pentas. Gambar diatas ni tengah nak sambut tetamu la tu.

Sepanjang dari tangga atas ni hinggalah kebawah ada penyambut tetamunya yang akan mengiringi para tetamu yang hadir. Kelas ko sampai ke bawah ko kena sambut...

Inilah pemandangan dari tepi tempat majlis tu berlangsung. Cantikkan. Sejuk jek mata nikan..

Ini pulak pemandangan waktu petang tu, waktu majlis bermula pukul 5 ptg.

Ini candid punya gambar. Tetamu tengah duduk-duduk dan sambil makan.

Ini diantara Menu makanan di majlis ni. Keow Tiow Penang. Boleh tahan jugaklah sedapynya..

No comments: