Friday, 27 January 2012

Bio Selusuh


"Produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil"
RM 69.90
Berat : 0.30 Kg

Keterangan
Produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil.

Kandungan
Minyak Kelapa Dara, Minyak Habbatus Sauda dan Herba Terpilih

Panduan

Hanya untuk ibu yang hamil tujuh (7) bulan ke atas.



Sapuan
Sapukan minyak Bioselusuh di bahagian perut, pinggang, pinggul hingga ke kaki setiap hari sehingga bersalin.
Boleh digunakan bersama Body Whitening Lotion dan Bio Spa Lotion. 


Minuman

Hamil 36 minggu       : Minum 1 sudu besar pada waktu malam.
Hamil 37-38 minggu   : Minum 1-2 sudu besar pada waktu pagi dan malam.

Kekerapan dan pertambahan dos lebih digalakkan di hari-hari terakhir menanti hari bersalin.
Boleh dicampurkan ke dalam  Supreme Diet untuk bagi menyedapkan rasa dan menambah tenaga, selain membekalkan mineral, zat, vitamin dan enzim yang diperlukan oleh badan.


Perhatian

Produk ini hanya boleh digunakan apabila kandungan berusia lebih tujuh (7) bulan sahaja. Sertakan niat yang baik dan berdoa supaya dipermudahkan bersalin setiap kali menggunakan Bioselusuh.
 
Ingin mendapatkan produk ini sila hubungi syarikat yang tertera dibawah :-

B.Dex Beauty Centre Sdn Bhd
No 31 Wisma Murni, Jalan Rampai Niaga 5,
Rampai Business Park, Taman Sri Rampai,
53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: +603-4142 4444 / +603-4149 9666
Faksimili: +603-4142 8490
Emel: tips@biodex2u.com.my/

website : http:www.biodex.com
 

Doa Air Selusuh

Doa dan petikan ini saya ambil dari sebuah laman blog yang boleh saya kongsi bersama anda terutamanya pada ibu-ibu yang sedang mengandung dan bakal melahirkan anak.

Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.

Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan ‘ibadat’ atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do’a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara’; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, ‘Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma’ wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.

DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


3. Al-Hasyr : 21-24


4. Doa Selusuh


Terjemahan : “Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya”.

5. Doa Pemudah

“Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.

BAHAN-BAHAN
Air (jika air zam-zam lagi baik) 

KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

Petikan diambil dari laman blog :
herneenazir[dot]com A Day in A Life of Hernee Nazir

Tuesday, 3 January 2012

Pentingnya Kerjasama di Dalam Satu Pentadbiran Dn Nilai Etika Kerja



Definisi Nilai dan Etika

Nilai
-Kepercayaan yang mendorong untuk bertindak
mengikut pilihan nilai-nilai murni masyarakat
-Tanggapan dan penerimaan individu dari sudut
pemikiran masing-masing

Etika
- ‘ethics’/’ethos’ bermaksud sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku
-Prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada
gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang
dikongsi bersama dalam kumpulan

KEPENTINGAN NILAI DAN ETIKA

Menentukan arah pemikiran, tindakan dan
tingkahlaku penjawat awam bagi memenuhi
tanggungjawab dan amanah mereka

-Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan di
kalangan penjawat awam sebagai institusi
utama kepada pembangunan negara


-Standard mutlak mendorong bekerja dengan
ikhlas dan berkesan

Ciri-ciri Penjawat Awam Yang
Berkualiti


Keunggulan Peribadi – SPP:
- Sikap
-Pemikiran
-Perilaku

Kompetensi Profesional:
- Tahap profesional yang tinggi
-Berilmu
-Mahir
-Cekap
-Inovatif
-Produktif

NILAI & ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1. Nilai-nilai Peribadi Asas:
-Amanah
-Bertanggungjawab
-Ikhlas
-Berdedikasi
-Berdisiplin
-Bekerjasama
-Bersih
-Tekun
-Sederhana

2. Nilai-nilai Yang Mengutamakan Pelanggan:
-Berbudi Mulia
-Bersabar
-Sopan-santun
-Peramah

3. Nilai-nilai Kepimpinan:
-Adil
-Berani
-Syura

4. Nilai-nilai Profesionalisma:
-Berilmu
-Kreativiti
-Inovasi
-Integriti
-Neutraliti
-Kejujuran
-Intelektual
-Akauntabiliti
-Berkecuali

5. Nilai-nilai Produktiviti / Kualiti:
-Produktiviti
-Kualiti

6. Nilai-nilai Keagamaan:
-Bersyukur
-Beriman
-Bertakwa

Pemantapan Nilai

Proses

Penilaian ---> Menimbulkan Kesedaran ---> Mengukuhan Penghayatan ---> Menjana dan Mengekalkan Amalan

Kaedah Pemantapan

*Penerangan
-Ceramah, kursus,seminar, risalah

*Pemahaman
-Memahami nilai-nilai dengan sebenarnya

*Perlakuan
-“Cakap serupa bikin”

*Pertahankan
-Jadikan budaya

*Pendekatan
-Diterajui oleh pemimpin dan menjadi model

*Penghargaan
-Pendorong yang menghasilkan keseronokan bekerja

Mantap Mesra Pelanggan

-Rakyat didahulukan
-Penyampaian diutamakan
- “Perkhidmatan Kerajaan dimantap dengan menyampaiakan perkhidmatan yang memberi kepuasan & kegembiraan pelanggan”

Mantap Keupayaan Penjawat Awam

*Pilih kepimpinan organisasi yang berwibawa
*Tingkatkan keterampilan
*Ilmu, kemahiran, bahasa relevan
*Latih minda mengejar keterbilangan
*Produktiviti, kualiti, proaktif, efektif, kreatif
*Tumpukan KPI
*Iktiraf yang benar layak

Panduan Perkhidmatan Cemerlang – Tujuannya:

1. Meninggikan mutu perkhidmatan
2. Memelihara kepercayaan menjalankan tugas
3. Memupuk tanggungjawab bersama
4. Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap
5. Mengeratkan perhubungan antara semua golongan kakitangan kerajaan; dan
6. Membentuk sikap kakitangan kerajaan bersesuaian dengan semangat Rukun Negara

7 Teras Perkhidmatan dalam “Etika Perkhidmatan Awam”

1. Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
2. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
3. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
4. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan Kemesraan
5. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
6. Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan Dan Musuh-musuh Negara
7. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

Penggunaan Kad Perakam Waktu – Tujuan:

* Memastikan anggota tiba di tempat kerja pada waktunya dan mulakan tugas dengan dedikasi
* Mewujudkan sikap mementingkan masa
* Mendisiplinkan diri
* Merupakan rekod kehadiran

KEMPEN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Objektif

* Mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru - peningkatan kepada hasil dan mutu kerja
* Mempertingkatkan semangat/motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilainilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan

BERSIH

- Bermoral tinggi, bertatatertib, berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah
- Berkecuali
- Berintegriti
- Tidak mementingkan diri sendiri
- Tidak khianat, hasad dan dengki

CEKAP

- Berani dan cepat membuat keputusan
- Bersedia menghadapi krisis dengan tenang
- Berpegang kepada prinsip dan tegas
- Berusaha mencapai produktiviti tinggi dan kualiti kerja yang cemerlang
- Berkeyakinan diri
- Berpandangan jauh
- Berpengetahuan
- Berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu

AMANAH

-Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditentukan

- Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

DASAR PANDANG KE TIMUR


- Diumumkan oleh PM pada 8 Februari 1982 semasa Persidangan 5th Joint Annual Conference of MAJECA /JAMEC

-Kajian, penelitian dan pemilihan contoh-contoh dan teladan terbaik daripada Negara Jepun & Korea Selatan melalui pengubahsuain dengan keadaan di Malaysia

OBJEKTIF

* Mewujudkan satu Etika Kerja dan Sikap baru – peningkatan mutu kerja
* Meningkatkan semangat / motivasi pekerja
* Meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini
* Mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai Nilai & Etika Kerja positif untuk kemajuan 
   negara

STRATEGI

Perubahan struktur
Perubahan sikap
Latihan & kursus

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENTADBIRAN

Sebagai usaha menerapkan nilai-nilai positif dan murni untuk diamalkan oleh sekelian penjawat awam khasnya dan bagi sekelian masyarakat Malaysia amnya.

OBJEKTIF

- Membentuk sebuah masyarkat Malaysia yang beramanah, beridentiti dan disegani
- Menubuhkan sebuah negara bahagia
- Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
- Menghasilkan perkhidmatan bermutu

NILAI-NILAI MURNI

Amanah
Bertanggungjawab
Ikhlas
Dedikasi
Tekun
Berdisiplin
Bekerjasama
Berbudi Mulia
Bersyukur

ETIKA KERJA ISLAM (1987)

BEKERJA DENGAN:
1. Azam Mengabdikan Diri kepada Allah
2. Ikhlas dan Amanah
3. Tekun dan Cekap
4. Semangat Gotong-Royong dan Berpadu Fikiran
5. Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat.

Gerakan Budaya Kerja Cemerlang

- Dilancarkan pada 27 November 1989
- Bagi menentukan kejayaan organisasi
- Amalan nilai-nilai mulia yang berterusan

“Kualiti iaitu sesuatu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ianya tidak statik. Ianya bergerak sepanjang masa. Justeru itu, apabila sahaja kita mencapai kualiti yang kita kejar, kita mendapati ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti kita kejar. Setelah kita mengejar dan mencapai kualiti yang baru yang menjadi matlamat kita, sekali lagi kita mendapati ada lagi kualiti
yang lebih baik daripada itu yang kita kejar. Dengan itu, usaha kita tidak berhabisan-habisan dan tidak ada hadnya dan kita perlu mengejar kualiti sepanjang masa.”

Pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
27 November 1989

BUDAYA KERJA CEMERLANG

- Tatacara dan etika kerja yang baik di kalangan pekerja + gaya kepimpinan pihak pengurusan atasan
- Tangungjawab semua pihak
- Pekerja mempunyai nilai:
- Kerajinan
- Kegigihan
- Dayacipta
- Semangat bekerjasama / kerja berpasukan
- Integriti
- Disiplin
- Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Gaya kepimpinan termasuk:

- Kebolehan menetapkan visi/matlamat
- Menggubal strategi bagi mencapai matlamat
- Komitmen pengurusan atasan
- Mewujudkan suasana kerja yang baik
- Memberi pengiktirafan
- Memberi peluang-peluang latihan
- Menggalakkan penglibatan pekerja

Anugerah Kualiti Perdana Menteri

Matlamatnya:
1. Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam perkhidmatan awam
2. Memberi pengiktirafan formal kepada agensi-agensi kerajaan
3. Memberi publisiti strategi-strategi kualiti yang telah berjaya; dan
4. Menggalakkan persaingan memperbaiki
 
Coretan Batinku Tentang......

Kenapa isu aku bangkitkan...semua ini adalah isi-isi penting dalam pentadbiran awam serta etika dan nilai kerja sesama kakitangan awam. Di dalam satu pengurusan dan pentadbiran yang sama, kita hendaklah bekerjasama, saling komunikasi diantara satu sama lain. Konsep yang diterapkan oleh kerajaan mengani etika dan nilai-nilai seseorang itu adalah amat diperlukan dari seseorang individu yang berkerja dengan perkhidmatan awam. Sesungguhnya ianya amat berbeza dengan suasasana kerja di sektor swasta.

Di dalam kes aku ini, aku amat memerlukan kerjasama daripada setiap individu di setiap orang yang berada di pentadbiran aku. Kerana semua kerja-kerja yang aku lakukan memerlukan diantara satu sama lain. Oleh demikian itu, kesederan kerjasama itu amat penting dari setiap orang yang berkhidmat di sektor awam. Kita tidak boleh menolak kerja-kerja yang telah diarahkan dan membebankan kepada orang lain untuk mengendalikan kerja-kerja kita. Kesemua kakitangan pentadbiran ini telah diberi skop kerja dan tugasan masing-masing, oleh itu kita kena menyedari apa skop kerja kita, dimana kita berada dan siapa yang perlu kita komunakasi. 

Aku ingin mewujudkan suasana kerja dalam keadaan tenang dan aman, tidak mahu ada sebarang persengkataan dan masalah kesalahfahaman. Justeru itu, aku terpaksa menegur sesiapa sahaja yang tidak mengikut arahan serta kurang berkomunikasi dalam menjalankan pekerjaan. Susah kita hendak selalu menegur rakan setugas, kerana kadang-kadang masalah sebinilah yang membuatkan aku stress dan rasa susah untuk membuat sesuatu kerja. Jika aku kerap menegur akan kesalahannya pasti dia akan terasa yang aku ini akan sudah cukup bagus atau tanggapan lain. Kadang-kadang susah untuk kita berterus terang juga kerana dari situ akan timbul situasi yang lain. 

Sangat jauh beza berkerja sama dengan orang-orang yang terdahulu dengan orang-orang yang sekarang, jika ada pun yang aku rasa selesa, setakat beberapa orang saja. Keseronokan yang aku rasai sekarang amat jauh bezannya dengan keseronokan bekerja disuatu ketika dahulu. Paling aku rasa amat berdukacitanya bila seseorang itu tahu skop kerjanya tapi dengan mudah melepaskan tangan kebahu orang lain. Sedangkan kerja-kerjaku bukan dia yang tolong bantu. Dari situ terbentuknya serta wujudnya ketidakpuas hati aku kepada dirinya. Ini kerana kerja-kerjanya hanya aku sahaja yang tahu dan hanya aku sahaja penggantinya. Kadang-kadang setiap kali diperlakukan seperti itu akan mengingatkan aku kepada orang-orang yang sebelum ini, bekerja dengan hati yangh tenang, tiada perasaan marah, tiada perasaan geram. Hanya stress pada kerja yang banyak sahaja. Tapi pepatah orang kata keseronokan atau kenikmatan sesuatu itu hanyalah sementera sahaja dan kita haruslah menghargai saat-saat itu dan menjadikan ianya suatu detik yang bahagia. Kerana iainya tidak akan sama berulang untuk kedua, ketiga kalinya. Tapi  sehingga kini aku masih berharap yang aku akan dapat bekerjasama dengan merekan yang terdahulunya. Harapan itu akan ku tunggu dan pasti Allah akan membantu insan sepertiku kerana keikhlasan dan ketaatan ku kepada ketua-ketuaku. Aku berharap satu hari nanti akan tiba waktu yang lampau itu kembali.....


Memories 2009