Pada awal tahun
2003 aku telah melangkah ke alam remajaku dengan melaporkan diri di
Kolej Komuniti YPJ Segamat, Johor untuk menyambung pengajianku dalam
bidang Diploma Sistem Maklumat (DSM). Kali pertama memasuki ke Kolej
tersebut dan ditempatkan di bilik (dome) untuk pelajar-pelajar baru di
Hostel Perempuan. Baru hari pertamaku "Alhamdulillah" aku terus
mendapat kawan. Apa yang menyeronokan aku ialah baru hari pertama kenal
dengan rakan-rakan di sebilikku ibarat kami sudah lama saling mengenali
diantara satu sama lain. Sesungguhnya aku sangat beruntung kerana kami
sehingga ke hari ini masih lagi bersama dan tetap menjadi kawan sampai
bila-bila. Selain itu juga, aku juga aktif dalam aktiviti-kativiti yang dianjurkan oleh pihak kolej. Walaupun tidak seaktif mana akan tetapi bila ada kelapagan masa dan bosan aku akan menyertainya untuk mengisi masa lapang dan bergaul dengan semua rakan-rakan di YPJ yang lain.Bagiku zaman belajar aku di YPJ Segamat adalah saat yang bahagia dan amat menyeronokan. Akan aku abadikan kenagan bersama mereka.
Gambar-gambar dibawah ini adalah kenanganku bersama mereka di YPJ Segamat pada tahun 2003 hinggga 2005. Disetiap gambar ada ceritanya (,")...
Gambar-gambar dibawah ini adalah kenanganku bersama mereka di YPJ Segamat pada tahun 2003 hinggga 2005. Disetiap gambar ada ceritanya (,")...
Kesemua gambar-gambar yang aku paparkan adalah sebahagian daripada aktiviti dan program2 yang aku sertai yang telah dianjurkan oleh pihak Kolej. Terdapat banyak lagi gambar-gambar yang boleh dijadikan sebagai kenangan aku dan rakan-rakan di YPJ Segamat. Kalo nak masukkan semua sekali memang tak akan habislah jawabnya. Aku rasa cukuplah setakat mana yang mampu saja. Janji aku tidak lupa akan kenangan2 yang ada. Disetiap gambar tersebut diatas ada cerita dan kisahnya. Segalanya bermula di sini dan berakhirnya pun di situ. Alhamdulillah semoga aku dan kawan2ku akan terus berjaya dalam bidang yang kami ceburi dan mendapat pekerjaan yang baik serta menjadi insan yang berguna. Itu sudah pasti kan. Semoga Allah kekalkan segala kebaikan yang terjadi diantara kami ketika disana. Iainya akan menjadi sejarah yang indah dan pengalaman ketika diusia remajaku dan rakan2ku.